Thursday, August 11, 2016

MUKA DEPAN


Salun Kecantikan Baiduri telah diwujudkan di Puchong Permai, Puchong semenjak tahun 2002. Kini Salun Kecantikan Baiduri telah berusia 14 tahun. Aktiviti perniagaan banyak dijalankan secara online dan offline.

Selain itu kami menyediakan perkhidmatan SPA seperti facial, sauna, mandi susu, mandi rempah, lulur dan urut. Kami mempunyai regular customer yang setia yang membantu kami beroperasi berbelas tahun sehingga sekarang.

Salun Kecantikan Baiduri kini membuka peluang kepada umum untuk mendaftar sebagai ahli. Keistimewaan menjadi ahli ialah setiap pembelian akan mendapat diskaun antara 15% hingga 20% . Permohonan sebagai ahli juga dibuka kepada pelanggan online.

Ahli akan diberi satu kad keahlian dan apabila pembelian ahli untuk tempoh yang tiada had mencecah RM500, ahli akan mendapat rawatan facial secara PERCUMA dengan syarat perlu menyimpan resit pembelian sebagai bukti. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi kami di nombor telefon atau email yang diberi di atas.

Di samping menjual produk kecantikan seperti skin care, produk pencerahan dan slimming, kami juga menjual produk kesihatan yang terkenal di pasaran. Produk yang kami jual adalah diiktiraf dan dilulus oleh Kementerian Kesihatan.